The Writer

My photo
The name given Noor Irna Hanis Bt Abd Rahman.Turning 24. On my way to achieve my life goals. Here's the place to present my monologue.

20130420

Our Farewell Party :")

Bismillah,

Assalamualaikum semuanya :)

Jujur aku terlalu teruja untuk berkongsi kisah persahabatan aku ini.

Alhamdullilah, syukur ya Allah setelah 4 bulan berjauhan kami bertemu kembali, rindu teramat untuk bersama dengan meraka. Tak terkata rindu. Tak terkata setiap saat untuk bercerita, duduk gelak tawa bersama.

Mungkin ada yang salah paham bila melihat eratnya ukhwah kami antara satu sama lain. Indah kisah kami selama 3 tahun perkenalan. Jatuh bangun, gaduh berbaik, penat lelah semuanya terkunci rapi dan indah. Banyak perkara yang buat aku terlalu sayang untuk berpisah dengan ukhwah ni, dengan meraka banyak aku pelajari, belajar menjaga waktu solat (solat diawal waktu walau sibuk mana sekalipun), berpuasa sunat, kerjasama antara satu sama lain, jangan kedekut ilmu and banyak lagi. Allah sedih sangat-sangat untuk berjauhan lepas ni. Jujur 3 hari aku menangis sampai mata bengkak tiap kali nak ucap selamat tinggal untuk setiap dari mereka yang pulang lebih awal dari aku baru-baru ni.

Moving on,
Jom tengok gambar-gambar time Farewell Party (14th April 2013) dekat Teluk Batik, Lumut, Perak. Cantik Teluk Batik ni kemudahan seperti toilet, surau and tempat BBQ turut disedikan so sangat sesuai untuk buat activity macam ni :) Ohh kitorang datang sini dengan berkonvoi 5 kereta dan 2 motor, Alhamdullilah lengkap 26 orang semua dapat join majlis ni.


Depan rumah sewa before gerak ke Teluk Batik :)


Kitorang sampai dulu so cari tempat and sementara tunggu yang lain posing lagi hakak hakak ni :D


Best part! Masak time, thank you semua yang gigih kipas and jaga makanan apa semua.

Untuk isi perut :)


The Jejakas. Sementara tunggu kami membakar tu depa syok mandi.


Mafia K8. We'alls pun sempat juga hihi.


Dah selesai semuanya. Baca doa selamat then makan time! Time ni sweet sangat makan sambil berlampukan flash light phone masing-masing haha. Ala-ala candlelight dinner gituh.


Lepas selesai solat Maghrib and kemas-kemas barang kitorang pergi dekat padang area situ yang ada spotlight untuk sesi penutup and maaf-bermaafan antara kitorang. Time ni semua dah sebak sedih, sedih yang teramat sedih. Tak kira laki ke perempuan ke semua nangis.



Alhamdullilah, ni je yang sempat aku hadiakan sebagai buah tangan untuk sahabat-sahabat yang aku sayang sangat-sangat ni.

Kenangan Terakhir. Semoga ukhwah kita bertemu dan berpisah kerana Allah :)


p/s: Lepas ni dah takda dah orang panggil aku dengan nama Gebang tu. Simpan ye buah tangan tu elok-elok :)

Thank you sudi baca :)

No comments:

Post a Comment