The Writer

My photo
The name given Noor Irna Hanis Bt Abd Rahman.Turning 24. On my way to achieve my life goals. Here's the place to present my monologue.

20120531

Aurat

Bismillah

Alhamdullilah, dah selamat dan selesai praktikal kalini, terima kasih Allah permudahkan segala urusan. Pasal praktikal nanti aku buat entry khas hehe. Report oh report takpa yang tu mudah je, insyaAllah selesai nanti walaupun malas heh.

Moving on,
Haritu aku terbaca banyak artikal berkenaan aurat sebagai seorang wanita muslim. Aku baca untuk ilmu. Banyak kurang tentang ilmu menutup aurat, aku sedar cara aku menutup aurat tak sempurna seperti yang diperintah Ilahi. Tapi aku tak lekang dari mencuba menutupnya dengan sempurna insyaAllah. Maksud aku sempurna disini, bukan sekadar menutup kepala dengan tudung tetapi segala aurat sebagai seorang wanita yang beragama Islam. Memang bila kita kearah kebaikan ni, tiada apa yang mudah, syaitan sentiasa cuba mengawal diri, tapi itu tuntuntan Ilahi jadi kita kena usaha untuk menunaikannya, begitu juga solat lima waktu.

Bila terbaca dalam satu artikel ni ada menyebut "Jangan kerana seorang anak perempuan tidak menutup aurat ketika keluar dari rumah seorang ayah atau adik-beradik lelakinya boleh mendapat azab api neraka, hanya kerana tidak menegur aurat anak perempuannya" masa baca ayat tu teringat dan bersyukur kepada Allah sebab kurniakan aku Ayah dan adik-adik lelaki aku yang sentiasa menegur pemakaian aku sebelum aku keluar rumah. Contohnya adik aku yang paling aku rapat Mirul, sebelum aku keluar rumah walaupun hanya main badminton tepi rumah dia akan tegur aku "Kakak pegi amik tudung and pakai baju long sleeve please". Macam tu juga Ayah dan Mama diorang paling ambil berat apa yang aku pakai bila keluar dari rumah, contohnya nak keluar dengan kawan-kawan satu-satu dia check. Tapi Alhamdullilah aku boleh terima if aku kena tukar baju lain. Biasalah kena sentiasa think positive ada kebaikan bila parents tegur kita.

Banyak kelebihan bila menutup aurat ni, pahala sudah terjamin dan menjadi gadis muda yang sering suka keluar jalan-jalan dengan kawan-kawan macam aku ni sekurang-kurangnya terpelihara dan terhindar dari maksiat insyaAllah.

Wallahua'lam, sekadar berkongsi :)

No comments:

Post a Comment