The Writer

My photo
The name given Noor Irna Hanis Bt Abd Rahman.Turning 24. On my way to achieve my life goals. Here's the place to present my monologue.

20110520

Imam Muda 2


Imam Muda. Yeah aku memang suka tengok Imam Muda ni dari season 1 lagi aku tengok, aku dengan Mirul tiap hari Jumaat lepas solat Isyak je mesti tengok program ni dekat channel Astro Oasis 106. Aku tengok kerana banyak yang aku belajar dari program ni, tentang ilmu Allah. Sangat indah. Dorang membaca ayat-ayat Al-Quran sangat hebat dengan mengikut hukum tajwid dan tarannum. Setiap ayat yang mereka bicarakan sangat tinggi bahasanya.

Teringin menjadi ketua yang hebat seperti mereka, di dada dipenuhi ilmu duniawi dan ukhrawi yang seimbang. Hebat berkata-kata dan memberi bimbingan sesama umat Islam tanpa mengira usia. Menjadi contoh yang baik untuk seluruh umat Islam, hebat bukan? Pada aku, menjadi seorang hamba Allah yang sempurna itu bukan mudah kerana manusia tidak jauh dari melakukan dosa. Tapi insyaAllah jika kita setia dan berpegang teguh dengan agama Allah iaitu Islam insyaAllah boleh :) Seperti juga mereka ini yang bakal menjadi Imam Muda.

Ohh and guess what aku kenal sorang dari mereka-mereka ni Najdi nama dia. Dia satu sekolah dengan one of my cousin hehe.

And Fatah and Fakhrurrazi ni mereka ni favourite Mirul merangkap BFF and adik aku :)

Okay sampai sini saja. Salam :)

No comments:

Post a Comment