The Writer

My photo
The name given Noor Irna Hanis Bt Abd Rahman.Turning 24. On my way to achieve my life goals. Here's the place to present my monologue.

20110430

Fikir Atas Iman Risau Atas Amal.

Hi blogger!

Alhamdullilah, syukur sangat finale exam untuk semester dua ni dah berakhir dengan jaya. Hehe. Terima Kasih banyak kepada para pembimbing, teman study, overnight belajar sampai subuh, berperang dalam dewan exam sama-sama. Terima kasih kawan-kawan :)

Okay sekarang balik kepada title post. Hmm okay mula dari sini, Akif dengan Tekong selalu cakap hidup didunia ni sementara, selagi hidup ni kenali lah ilmu Allah dan ilmu dunia. Kedua, kita dekat dunia ni adalah khalifah Allah yang perlu sentiasa beriman kepada-Nya. Ketiga, segala rezeki dan harta itu adalah milik Allah dan kita hanyalah sebagai pemegang amanah jadi jagalah ia sebaik boleh.

Macam itu juga dalam hubungan kita sesama kawan-kawan dan juga orang sekeliling sebab pada aku kawan tu umpama harta yang tak ternilai aku penah ada. So jaga dia dengan baik. Kalau berkawan itu biarlah hubungan kita seiring dengan Islam. Maksudnya, jauh dari perkara mungkar atau maksiat dan sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain. Aku tahu manusia tidak terlepas dari buat dosa walaupun sekecil zarah. Macam aku sendiri. *Okay macam cakap dekat cermin :D.
Bukan apa kalau hubungan kita diberkati Allah insyAllah hubungan persahabatan itu akan kekal lama. Lagi seronok kan. Tapi kalau hubungan kau tu dipenuhi dengan perkara lagha' astaghfirullahalazim. Jawab sendiri ye :)

p/s: Aku tulis ni untuk mengingatkan diri aku dan juga orang sekeliling aku. Aku sayang kawan-kawan aku. Titik :)

No comments:

Post a Comment